Mahathir resigns Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad is accompanied by Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail while being greeted by Attorney-General (AG), Tommy Thomas during the Monthly Assembly of the Prime Minister’s Department at Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. PIX: IQBAL BASRI /MalaysiaGazette / 09 JULY 2018
Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad is accompanied by Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail while being greeted by Attorney-General (AG), Tommy Thomas during the Monthly Assembly of the Prime Minister’s Department at Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. PIX: IQBAL BASRI /MalaysiaGazette / 09 JULY 2018. Gambar 9 Julai 2018 - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail bersalaman dengan Peguam Negara, Tommy Thomas ketika hadir pada Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 09 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri merupakan kesilapan perhitungan yang terbesar dalam sejarah politik kontemporari dan sejarah akan membahaskan kejadian ini secara kritikal, kata bekas Peguam Negara, Tommy Thomas

Tommy berkata, beliau tidak memahami kenapa Dr. Mahathir perlu meletak jawatan dan kejadian itu akan terus diingati walaupun sehingga saat beliau melangkah ke kubur.

Katanya, perletakan jawatan itu tidak harus berlaku walaupun Dr. Mahathir pernah menjelaskan bahawa tujuannya adalah untuk mengelakkan UMNO mengambil alih kerajaan.

“Dalam buku saya ada menceritakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tumbang dan ini merupakan keadaan yang menyakitkan hati. Saya bagaimanapun akan mengingati 24 Februari 2021 sehingga saya mati nanti.

“Pada tarikh ini Dr. Mahathir letak jawatan dan kerajaan PH tumbang. Saya agak kritikal terhadap beliau dan sehingga kini, saya tidak faham kenapa beliau meletak jawatan,” katanya dalam wawancara bersama Nanyang Siang Pau.

Katanya, dalam sains politik dan politik antarabangsa abad ke-21, keadaan itu tidak mungkin berlaku.

“Dalam keadaan tidak berbincang dan berunding dengan sesiapa pun, seorang Perdana Menteri yang menerima mandat rakyat dan memiliki sokongan telah meletak jawatan. Ini merupakan satu keadaan yang boleh dielakkan,” katanya.

Susulan perletakan jawatan Dr. Mahathir, Tommy berkata, banyak perkara dalam jangkaan dan luar jangkaan telah berlaku dan kesannya adalah sangat teruk.

“Oleh itu, sejarah akan menilai Dr. Mahathir secara kritikal,” katanya.

Kata Tommy, beliau juga berasa pelik kerana PH tidak berasa marah dengan keputusan Dr. Mahathir itu.

Menurutnya, perubahan dan penderhakaan adalah perkara biasa dalam mana-mana kerajaan campuran atau pakatan.

“Walaupun kehilangan majoriti, Dr. Mahathir boleh mengekalkan keberlangsungan seperti mana yang berlaku ke atas dua Perdana Menteri selepas Dr. Mahathir.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah berdepan usul tidak percaya dan sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada mereka ada sokongan 112 wakil rakyat, tetapi Dr. Mahathir merasakan beliau tidak mempunyai sokongan  majoriti.  Apakah yang menyebabkan Dr. Mahathir percaya keadaan ini?” – MalaysiaGazette 

3 Komen

  1. Sepatutnya Tommy tak akan lupa. Kesan dari itu, beliau terdesak melepaskan jawatannya sebagai AG. Entah kenapa tiba² beliau letak jawatan. Tiada siapa yg mendesak. Begitu juga Latifah. Walau bagaimanapun, kedua²nya memang tak layak memegang jawatan tersebut, berdasarkan pengalaman dan kelulusan masing². Kedua²nya pilihan Tun dan PH.

  2. rakyat Malaysia juga tak akan lupa sampai mati Manifesto Hancing PH. apek terowong ajaib juga tak akan lupa sampai mati bila kes rasuah digugurkan secara TERKEJUT!

  3. Mahadir dah nyanyok dia panik dan terus lupa ingatan .lepas tu dia menyesal tapi sudah tidak berguna lagi. Dia malu nak mengaku kesilapan dia cuba menyalahkan orang lain untok menutup kesilapan diri .

Comments are closed.