MGNews: Warga Bangladesh Dalang Sindiket RTK

Seorang warga Bangladesh yang berstatus Permastautin Tetap (MyPR) mengaut keuntungan lebih RM2 juta menerusi kegiatan sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).

Perbuatan itu terbongkar selepas pihak imigresen melakukan serbuan Ops Khas, dua hari lalu di dua premis berasingan di Jalan Lumut, Kuala Lumpur dan Pandan Cahaya, Ampang.