Mohamed Salah.

LONDON – Penyerang Liverpool Mohamed Salah dinobatkan pemain terbaik oleh Persatuan Pemain Bolasepak Profesional England (PFA).

Ia adalah anugerah kedua kepada pemain itu tahun ini selepas turut dinobatkan pemain terbaik oleh Persatuan Penulis Bolasepak England April lalu.

Salah mengungguli undian oleh pemain-pemain, mengatasi bintang Manchester City Kevin De Bruyne, yang menang dua tahun berturut-turut sebelum ini dan sekali lagi menjadi tonggak dalam kejayaan pasukannya menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Ini adalah kali kedua Salah dinobatkan pemain terbaik PFA (kali pertama pada tahun 2018) selepas musim yang menyaksikan Liverpool menjuarai Piala Liga dan Piala FA serta mara ke final Liga Juara-Juara Eropah sebelum tewas kepada Real Madrid.

Penyerang Mesir, Salah menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris sebagai penjaring terbanyak bersama bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min pada 23 gol. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast