Empat termasuk dua wanita maut manakala seorang lagi lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi. (Kredit: JBPM Selangor)

KUALA LUMPUR – Empat termasuk dua wanita maut dan seorang lelaki cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang maut dikenali pasti sebagai P. Puvaaneshwaran, 28; Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31 dan Leong Man Yuen, 27 manakala yang parah dikenali sebagai Heng Chan Yee, 28.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 4.11 pagi.

Katanya insiden tersebut membabitkan kereta Wira Aeroback yang dipandu seorang lelaki dan Wira jenis sedan dinaiki empat orang.

“Empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast