bendera korea utara
Gambar Hiasan

SEOUL – Korea Utara selepaskan beberapa das tembakan artileri antara 8:07 pagi dan 11.03 pagi waktu tempatan, kata tentera Korea Selatan.

Tindak-tanduk itu merupakan satu lagi aksi kekerasan Pyongyang sehari selepas pemimpin Kim Jong Un berikrar untuk meningkatkan kuasa tentera negara itu.

Ketua Staf Bersama tidak memberikan butiran lain tetapi menambah ia telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan pada lewat petang kerana tembakan yang dilepaskan itu adalah jenis tradisional, dengan jarak yang agak pendek dan ketinggian rendah.

Tembakan artileri berlaku selepas Jong-un membentangkan matlamat untuk meningkatkan kuasa ketenteraan negara dan penyelidikan pertahanan untuk melindungi hak kedaulatan Korea Utara, ketika beliau menyimpulkan Mesyuarat Pleno Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea (WPF) yang diadakan minggu lalu. – Reuters