The Founder of Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali arrive at the Kuala Lumpur Court Complex for the abuse and neglect trial of the 13-year-old Down Syndrome girl, Bella. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 13 JUNE 2022. Bella chilli fried rice
The Founder of Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali arrive at the Kuala Lumpur Court Complex for the abuse and neglect trial of the 13-year-old Down Syndrome girl, Bella. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 13 JUNE 2022. Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Saksi kelapan pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa remaja kurang upaya (OKU) Bella dipaksa makan nasi goreng yang penuh dengan potongan cili.

Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman Suhana Zam, 40, berkata, dalam kejadian pada bulan Mei 2021, cili yang berada dalam hidangan tersebut lebih banyak daripada nasi goreng.

Suhana berkata, Siti Bainun telah menyuapkan hidangan itu ke dalam mulut remaja sindrom down tersebut.

“Saya nampak Bainun letak satu pinggan nasi goreng. Nasi itu tak banyak. Lepas itu saya nampak Siti Bainun letak sejumlah cili yang telah dipotong. Pada saya, nisbah cili kepada nasi itu banyak.

“Dia (Siti Bainun) gaul dan pegang dagu Bella dengan tangan kiri lepas itu dia suapkan Bella dengan nasi goreng itu secara paksa. Bella macam mengelak, tak hendak tapi dia terpaksa makan kerana dipaksa.

“Saya tertanya kenapa jadi macam ini. Tapi saya tak cakap apa-apa kerana terkejut dan tidak mahu ada konfrontasi dengan Bainun di rumahnya pada waktu itu,” kata Suhana.

Sementara itu, Suhana turut mengesan Bella mula diperlakuan secara tidak wajar bermula pada bulan Februari 2021.

Remaja itu telah disuruh berdiri di tepi dinding dan dijerit oleh Siti Bainun.

Menurut Suhana, dia mula perasan kecederaan teruk pada Bella pada pada bulan Mei 2021 dengan keadaan fizikal Bella telah berubah termasuk rambutnya dipotong dengan tidak sempurna.

Keadaan Bella bertambah teruk ketika dia bertemu dengan remaja itu pada 13 Jun 2021 selepas Siti Bainun menjemputnya untuk makan shellout ketam gergasi yang dibeli dan dimasak oleh pengasas Rumah Bonda itu.

“Saya sampai di rumah dia pada pukul 5 petang. Saya masuk dan nampak Bella berdiri di tepi dinding. Saya terkejut gila sebab rambut Bella dipotong pendek hampir botak. Potongan itu bukan kemas. Bertobek.

“Saya nampak dekat muka belah kanan ada lebam sebesar tapak tangan. Lebab dari atas kening membawa ke bawah mata. Dia pakai baju lengan panjang. Muka Bella nampak ketakutan. Itu adalah keadaan Bella paling teruk pernah saya nampak,” katanya.

Suhana berkata, dia begitu emosi melihat Bella hingga membaling beg yang dipegang ke atas sofa yang sedang diduduki Siti Bainun.

Dia bertanya kepada pengasas Rumah Bonda itu mengenai keadaan Bella yang teruk dan Siti Bainun berkata, kecederaan yang dialami oleh Bella kerana bergaduh dengan penghuni lain.

Pengasas Rumah Bonda itu turut memberitahu dia tidak membawa Bella ke hospital dan sebaliknya hanya meletakkan ubat yang dibeli sendiri pada luka remaja OKU itu.

Suhana juga memberitahu, tidak seperti penghuni lain Bella tidak langsung diajak untuk makan shellout yang dimasak oleh Siti Bainun sebaliknya remaja itu terus dibiarkan berdiri di tepi dinding keseorangan.- MalaysiaGazette