Takiyuddin Hassan

KUANTAN – Sebanyak 34.06 juta pokok telah ditanam daripada jumlah sasaran 100 juta pokok dalam tempoh 18 bulan di negara ini sehingga 10 Jun lalu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sasaran menanam 100 juta pokok menjelang 2025 menerusi kempen ‘Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita’ yang dilancarkan pada 5 Januari lalu mampu dicapai dengan kerjasama semua kerajaan negeri.

“Jenis penanaman merangkumi lebih 1,000 spesies di seluruh negara atau bersamaan dengan 33.68 peratus daripada sasaran 100 juta pokok yang perlu dicapai,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Persidangan Perhutanan Malaysia ke-19,” semalam

Hadir pada majlis Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.

Malaysia merupakan antara 17 negara di seluruh dunia yang kaya dengan khazanah biodiversiti.

pada Majlis Perasmian Persidangan Perhutanan Malaysia ke-19 berlansung selama 3 hari di Kuantan

Menurut Takiyuddin, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kawasan hutan dan kawasan hijau perlu dipukul dalam kalangan masyarakat bagi menjayakan kempen tersebut.

“Saya menyeru supaya lebih banyak persatuan komuniti, badan bukan kerajaan dan pihak swasta mahupun individu untuk bersama-sama terlibat dan memainkan peranan yang lebih aktif kerana insentif pengecualian cukai telah disediakan untuk sumbangan kepada aktiviti konservasi dan penghijauan Malaysia,” ujarnya.

Tambah beliau, kebergantungan kepada aktiviti pengusahasilan hutan perlu dikurangkan, sebaliknya memperkasakan pelaksanaan ‘forest beyond timber’ seperti ekopelancongan, industri herbal dan farmaseutikal perlu diperkasakan. – MalaysiaGazette