Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup empat premis dalam Operasi Tindakan Khas Premis Warga Asing di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, semalam. - Foto DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup empat premis dalam Operasi Tindakan Khas Premis Warga Asing di sekitar Jalan Alor, Bukit Bintang, semalam.

Operasi yang dijalankan pada 17 September itu turut menyaksikan 15 notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti perniagaan.

Antara kesalahan dikesan termasuk perniagaan dikendalikan warga asing, pengambilan pembantu tanpa kebenaran, pemilik lesen tiada di lokasi serta aktiviti menjaja tanpa lesen.

Tindakan berkenaan diambil mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 serta Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Sebanyak enam sitaan dan pindah barangan turut dilaksanakan terhadap penjaja tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Selain itu, tiga premis ditutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dan dikendalikan warga asing.

Dalam operasi sama, Pegawai Kesihatan DBKL turut mengeluarkan dua notis kompaun dan menutup sebuah premis selepas mendapati pelbagai kesalahan kebersihan.

Antara kesalahan dikesan termasuk kesan najis tikus dan lipas, lantai serta dinding premis yang kotor dan berdaki hitam, penyimpanan ikan hidup serta aktiviti menyiang ikan tanpa lesen.

Premis berkenaan turut didapati meletakkan makanan di atas lantai dan tidak menyelenggara perangkap minyak, yang merupakan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

DBKL memaklumkan tindakan serta pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here