Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth ketika tiba dengan tangan bergari bagi menghadapi pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL 17 MAC 2026. (GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan menolak representasi pendakwah bebas, Zamri Vinoth untuk menyemak pertuduhan membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam dalam laman sosial Facebooknya, Februari lalu.

Sehubungan itu, Mahkamah Majistret hari ini menetapkan perbicaraan kes terhadap tertuduh atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, 42, didengar selama dua hari bermula 21 dan 22 April tahun depan.

Majistret Faezahnoor Hassan menetapkan perbicaraan didengar selama dua hari terlebih dahulu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Mohamad Puad memaklumkan bahawa pihak pendakwaan menolak representasi yang dikemukakan oleh Zamri Vinoth.

Menurut beliau, seramai enam hingga tujuh saksi akan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan tersebut.

Sementara itu, peguam Nur Shafiqah Shafiyah Omar yang mewakili Zamri ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihak pembelaan mengemukakan representasi kira-kira tiga bulan lalu bagi meminta pendakwaan mengkaji semula pertuduhan atau mempertimbangkan kemungkinan menurunkan seksyen yang dihadapinya.

Pada 17 Mac lalu, pendakwah bebas itu didakwa atas pertuduhan membuat kenyataan di akaun Facebook miliknya (Zamri Vinoth) yang mana kenyataan itu mungkin menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu pukul 12.22 tengahari pada 3 Februari lalu yang kemudian kenyataan tersebut telah dilihat dan didengar oleh seorang lelaki yang berusia 45 tahun di sebuah restoran di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun atau denda atu kedua-duanya jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here