Prime Minister, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob with Transport Minister Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong and Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz take the Mass Rapid Transit (MRT) during the launch of MRT Putrajaya Phase 1 Line at the Kampung Batu MRT Station in Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 16 JUNE 2022. free fare public transport
Prime Minister, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob with Transport Minister Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong and Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz take the Mass Rapid Transit (MRT) during the launch of MRT Putrajaya Phase 1 Line at the Kampung Batu MRT Station in Kuala Lumpur. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 16 JUNE 2022. Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak melepaskan peluang menaiki MRT pada Majlis Pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 16 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkhidmatan percuma selama satu bulan bagi semua pengangkutan awam bawah kendalian RapidKL dan Komuter kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bermula hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan percuma itu menyebabkan kerajaan menanggung subsidi RM140 juta sebulan bagi pengangkutan kendalian RapidKL dan RM15 juta untuk tambang komuter.

“Setiap hari banyak aduan berkaitan kesesakan lalu lintas melampau di ibu kota dan kerajaan bersetuju menyediakan perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam itu.

“Kita harap dengan tambang percuma ini dapat mengurangkan kesesakan dan berharap juga pengguna terus menggunakan semua pengangkutan ini, bukan setakat sebulan, tapi berterusan untuk ke tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Sri Damansara, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama kakitangan RapidKL berada di Stesen MRT Kampung Batu.

MRT Laluan Putrajaya yang dibangunkan dalam dua fasa menyediakan perkhidmatan kepada lebih kurang dua juta penduduk di koridor bermula dari kawasan Kwasa Damansara ke Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan.

MRT Laluan Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu, manakala Laluan Fasa Dua yang kini hampir siap sepenuhnya melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya.

Laluan Fasa Dua pula akan melalui kawasan strategik termasuk pusat bandar Kuala Lumpur dengan stesen bawah tanah seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park, Persiaran KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX).

MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer itu mempunyai 36 stesen melibatkan 27 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah dengan jumlah kos  keseluruhan bagi pembinaan jajaran itu kira-kira RM30.53 bilion.

Mengenai subsidi tambang, Ismail Sabri berkata, jika kerajaan tidak memberi subsidi tambang, setiap penumpang akan berbelanja RM200 sebulan daripada tambang sebenar.

“Tambang sebenar untuk pengangkutan awam bawah RapidKL ialah RM200 seorang sebulan, tetapi kerajaan beri subsidi RM150 dan pengguna hanya bayar RM50 sebulan.

“Memang sudah ada keistimewaan disediakan kerajaan menerusi RapidKL termasuk untuk Orang Kelainan Upaya (OKU), pelajar dan warga emas,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. PM sekarang dah murah dah tapi hidupnya dibawah telunjuk orang lain . Hingga terpaksa kutip cukai melalui gst . Anggap rakyat sebagai ayam telur . Beri makan mesti keluar telur kalau tidak esok kena sembelih .

Comments are closed.