KUALA LUMPUR – Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mungkin perumpamaan itu sesuai ditujukan terhadap seorang lelaki yang membuat hantaran jelek terhadap Allahyarhamah Adibah Noor.

Komen yang dibuat oleh lelaki itu dalam salah satu laporan berita kematian Adibah Noor di Facebook menjadi tular  selepas dia mempersoalkan Allahyarhamah tidak memakai tudung.

Dalam hantarannya lelaki, itu seolah-olah berlagak dia lebih mulia, lebih sopan dan lebih beriman berbanding allahyarham.

“Dah tahu wajib tutup aurat tapi tak buat. Sebab kepala batu keras hati. Menjawablah dalam kubur.

“Nauzubillahi minzalik. Moga keturunan aku tiada seperti ini, Selamat menjawab soalan di alam kubur,” kata lelaki itu  bongkak.

Komen yang langsung tidak menghormati kematian itu menyebabkan lelaki tersebut ‘diburu’ oleh warganet yang geram dengan tindakan beliau.

Akibatnya, gambar-gambar ‘bermoral’ dalam Facebook lelaki tersebut bertebaran di media sosial ditularkan oleh netizen.

Daripada gambar yang dikongsi ternyata lelaki itu bukanlah lebih suci berbanding komen yang dilontarkan terhadap Allahyarham Adibah Noor.

Sekeping foto menunjukkan lelaki berkenaan hanya membalut tubuhnya dengan tuala dan mendedahkan pusat yang jelas merupakan aurat seorang lelaki.

Mukanya pula menampilkan reaksi wajah seorang lelaki miang dengan lidah dijelirkan keluar.

Itu bukanlah satu-satunya gambar beliau tidak memakai baju sebaliknya terdapat beberapa keping foto lagi yang tular menunjukkan dia sedang berbaring di atas katil mendedahkan badan dan pusat.

Terdapat juga gambar dia sedang dipeluk mesra oleh seorang lelaki daripada belakang. Beberapa keping gambarnya dengan lelaki itu yang sama juga disebarkan.

“Kita ni kalau tak ada benda baik nak cakap, better diam je la. Tak payah nak judge dosa pahala org lain sedangkan diri sendiri pun tungang langgang. Hidup dah lama tapi still tak boleh nak adapt lagi ke? Tak paham aku,” komen Obaidiah.

Karma is real. Taip komen macam dia salah sorang penghuni syurga. That’s why orang selalu kata sebelum kata orang, make sure diri better than that person. And for me tak payah nak komen macam tu since orang pun dah takde. Just pray yang baik-baik sudah,” nasihat Deathisure2018

“Kalau kawan-kawan dia yang meninggal, aku rasa lagi banyak aib dia bukak siap dengan hina-hina. Tak sesuai buat kawan n masyarakat orang jenis macam ini,” kata cumbblepie01

Lelaki tersebut telah menutup akaun Facebooknya selepas menyedari gambar-gambarnya disebarkan di media sosial.-MalaysiaGazette