MGNews : Samirah dan Anak Dibebas Kerana Pendakwaan Gagal Timbulkan Prima Facie

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan untuk melepas dan membebaskan tertuduh Samirah Muzaffar serta dua anaknya selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap ketiga-ketiga tertuduh dengan pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata tiada bukti yang menunjukkan kebersamaan ketiga-tiga tetuduh bersama si mati seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.