kebocoran tong gas yang mengakibatkan letupan di sebuah kedai makan di Sungai Buloh semalam. Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang remaja nyaris maut selepas sebuah tong gas di sebuah kedai makan di Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor meletup semalam.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bagaimanapun, tubuh mangsa yang berusia 18 tahun itu melecur.

Kata beliau, pasukannya menerima panggilan berkaitan kejadian letupan itu pada jam 12.31 tengah hari.

kebocoran tong gas yang mengakibatkan letupan di sebuah kedai makan di Sungai Buloh semalam. Ihsan Bomba Selangor

Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas memasak sehingga mengakibatkan berlakunya letupan dan kebakaran kecil kira-kira 30 peratus daripada kedai tersebut.

“Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Puncak Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya. – MalaysiaGazette