Ong Kim Swee

KUALA LUMPUR – Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menganggap kelekaan anak buahnya hampir menghukum pasukan untuk lawan cuba menyamakan kedudukan yang menyaksikan anak buanya meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas menang 2-1 ke atas Sri Pahang FC, pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, skuad kendaliannya bernasib baik apabila berjaya untuk tetap bertahan sehingga wisel penamat dibunyikan.

“Kita bermain begitu baik terutamanya pada separuh masa pertama tetapi di babak kedua sudah mula hilang rentak apabila mereka mengambil mudah aksi.

“Ini perlu jadi pengajaran di mana kita dah mendahului dan tidak boleh selesa apabila hampir sahaja menghukum di mana Pahang berjaya dapat satu gol.

“Ini beri tekanan kepada pasukan kita dan kita bernasib baik di mana pasukan dapat kekal bertahan dengan baik selepas dibolosi,” katanya.

Dengan kemenangan Sabah meletakkan pasukan ini berjaya merampas kedudukan untuk berada di takhta Liga Super dengan 18 mata diikuti Johor Darul Ta’zim (JDT) di tangga kedua. – MalaysiaGazette