Ketua Pemuda Pergerakan UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki meminta supaya mandat diserahkan segera kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

Katanya, biarlah kerajaan yang dipilih selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berani membuat keputusan, bukan bergantung kepada populis atau desakan dalam kerajaan sendiri.

Katanya, itulah yang terpaksa dihadapi UMNO ketika ini di mana perdana menteri tidak boleh membuat keputusan sendiri dan terpaksa meminta pandangan parti-parti lain.