Penunggang motosikal maut ditempat kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan.

KUANTAN – Seorang pekerja kedai makan maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di simpang tiga Kempadang Makmur, Jalan Tanjung Lumpur, di sini kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian, mangsa Che Mohamad Nasrullah Che Mohamad Kuning Manja, 20, menunggang motosikal jenis Honda C100 dari arah Sungai Soi menghala ke Kuantan.

Mangsa dikatakan tidak sempat mengelak daripada merempuh sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang wanita, 22, dari arah bertentangan yang membelok ke kanan ke Kempadang Makmur secara mengejut.

Keadaan kereta Viva yang kemek selepas terlibat dalam kemalangan dengan penunggang motosikal di Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan. Gambar ihsan PDRM

Menurut Wan Mohd Zahari, akibat rempuhan itu, mangsa yang berasal dari Terengganu itu cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Pemandu kereta Perodua Viva yang merupakan seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast