Zakri Khir

KUALA LUMPUR – Allianz Malaysia Berhad melantik Zakri Khir sebagai pengerusi berkuat kuasa 23 Jun 2022.

Zakri akan mengambil alih daripada Tan Sri Datuk Rafiah Salim yang bersara setelah bersama dengan Allianz Malaysia selama sedekad dengan penghormatan sebagai pengerusi wanita pertamanya.

Zakri, yang menyertai Allianz Malaysia pada 2000, berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dari Disember 2010 hingga Jun 2021.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat dan Pengurus Negara Allianz Malaysia dari September 2014 hingga Disember 2021 telah memainkan peranan penting dalam pengambilalihan Malaysia British Assurance Berhad pada 2001 dan kemudiannya mengintegrasikan Commerce Assurance Berhad pada 2007 hingga melonjakkan Allianz General kepada kedudukan peneraju pasaran di negara ini.

Allianz Malaysia Berhad, anak syarikat Allianz SE, ialah syarikat pegangan pelaburan untuk Allianz General dan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad. – MalaysiaGazette