Memalsukan kad pengenalan untuk menyewa kenderan sebelum menyamun kedai serbenaka.

Aktiviti lelaki berusia 42 tahun itu akhirnya berjaya ditumpaskan apabila diberkas polis di sebuah rumah di Sungai Chua, Kajang pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berkenaan menggunakan aplikasi tempahan kenderaan dalam talian untuk menyewa kereta dan meninggalkan kereta tersebut di tepi jalan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut aktif melakukan pecah masuk kedai serbaneka sejak awal tahun ini.