Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menjawab tohmahan pihak tidak bertanggungjawab yang melemparkan fitnah kononnya tambang ECRL akan mencecah ratusan ringgit.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis perasmian Pengorekan Terowong Genting ECRL Pahang di Tapak Pembinaan Terowong Genting ECRL di Jalan Lama Kuala Lumpur- Bentong.

Menurut Ka Siong , agensi kawal selia mempunyai mekanisme tersendiri dalam menentukan harga tambang ECRL kelak dan sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat.

#malaysiagazette #mgnews #ecrl