Konsultan Opthalmologi (Pakar Retina dan Pembedahan Mata) KPJDO, Dr. Mushawiahti Mustapha ketika menjalankan prosedur surgeri VR ke atas salah seorang pesakit yang menerima rawatan di hospital ini, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn (KPJBDO) menjadi hospital pertama di bawah rangkaian KPJ di Johor yang memiliki kelengkapan pembedahan dan fasiliti terkini untuk merawat penyakit mata dan retina.

Retina adalah lapisan urat saraf di dalam mata yang merupakan struktur penting dalam penglihatan dan penyakit berkaitan organ retina selalunya melibatkan pesakit kencing manis, darah tinggi, penuaan retina, rabun jauh dan trauma.

Pemilikan mesin ini juga sekali gus menjadikan Hospital KPJ Bandar Dato’ Onn di Johor antara rangkaian hospital pakar yang memiliki fasiliti lengkap untuk merawat penyakit mata.

Ketua Pengarah Eksekutif KPJBDO, Noor Haslina Harun berkata, pemilikan teknologi terkini itu adalah usaha bagi meningkatkan tahap perkhidmatan di hospital ini seiring dengan trend perubatan dunia yang semakin berkembang.

“Oleh kerana peningkatan kes kerosakan retina, pembedahan mata kompleks dengan mesin ini dilihat menjadi keperluan pesakit dan KPJBDO komited mengambil tanggungjawab ini untuk membantu pesakit yang memerlukan.

“Kos untuk pembedahan retina ini juga amat bertepatan dalam keadaan seseorang itu hampir buta akibat penglibatan kabur disebabkan kerosakan retina, mereka akhirnya masih boleh mendapatkan kembali penglihatan mereka.

“Melihat daripada keperluan semasa, ini adalah sebagai satu peluang terbaik untuk kita melebarkan skop perkhidmatan KPJBDO yang mana menampilkan rawatan komprehensif yang unik serta lebih berkesan sesuai dengan peredaran teknologi dunia,” katanya.

Beliau berkata, fasiliti rawatan lengkap retina, membolehkan pakar terlatih kami  memulihkan hampir setiap jenis penyakit mata disebabkan oleh kencing manis, penuaan retina, masalah retina berkaitan rabun jauh, masalah retina selepas sebarang pembedahan mata dan termasuk kes2 katarak yang teruk. Mesin pembedahan terkini yang kami miliki adalah alat tercanggih di dalam pasaran.

“Kerjasama berterusan dengan pihak Alcon Sdn. Bhd. membolehkan kami sentiasa ke hadapan dalam rawatan retina. Teknologi pembuangan gel di dalam mata yang sofistikated (kelajuan potongan yang laju) memberi kestabilan yang tinggi dan selamat sepanjang pembedahan.

“Pembedahan mikroskop ini menggunakan alat pembedahan bersaiz sangat kecil (luka size kurang 1 mm), mengizinkan pembedahan dilakukan dengan cepat berbanding teknologi lama, lebih selamat, tanpa perlu jahitan dan memberi pengalaman pembedahan yang baik dan  menyelesakan kepada pesakit,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan pembedahan juga adalah lebih baik dengan menggunakan teknologi canggih dan selamat ini. Di KPJBDO, mesin surgeri VR ini dikendalikan Konsultan Opthalmologi (Pakar Retina dan Pembedahan Mata) KPJBDO Dr. Mushawiahti Mustapha iaitu merupakan salah seorang pakar mata dan retina terlatih di dalam dan luar negara.

Katanya, Dr Mushawiahti merupakan pakar mata dan retina yang terlibat dalam melatih doktor pakar mata dan retina di dalam negara, aktif dalam menjalankan kajian berkaitan retina dan telah menghasilkan lebih 80 kertas kajian dan beberapa buku berkaitan penyakt mata dan terakhir adalah buku diabetes yag dihasilkan bersama 20 pakar perubatan setempat terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast