Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menipu dua orang pengarah syarikat dalam urusan jual beli sarung tangan sebanyak 60,500 paket yang melibatkan kerugian sebanyak RM756,250 dua tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Ahmad Yusri Mohd Yunus dan anak tirinya, Megat Akhimullah Faliq Megat Khaironnashiin, masing-masing berusia 66 serta 23 tahun mengaku tidak bersalah selepas dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.