Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung dan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Dengan keputusan ini, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan bermakna pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.

Artikel berkaitan: Tangguhkan kenaikan tarif elektrik

Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung, tambahnya.

Manakala surcaj 3.70 sen/kWj juga dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri.

”Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila diapungkan