Gambar hiasan, Foto Anadolu Agency

ANKARA – Turki mengeluarkan waran tangkap terhadap 18 warganegaranya kerana didakwa memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan IS, lapor Anadolu.

Pasukan polis melakukan serbuan serentak di 12 wilayah Turki sebagai sebahagian daripada operasi berpangkalan di Ankara dan menahan 12 suspek.

Suspek didakwa memberi bantuan kepada IS dengan mengutip bantuan tunai melalui akaun bank mereka.

Pihak berkuasa Turki mendapati wang itu dipindahkan kepada anggota IS yang menetap di Turki dan beroperasi di zon konflik di Syria, bersama keluarga mereka.

Kerajaan Turki menamakan IS sebagai organisasi pengganas pada 2013, menyalahkan kumpulan itu atas siri-siri serangan maut di Turki sejak 2015.

Pasukan anti-keganasan Turki telah menjalankan operasi terhadap anggota IS di negara itu.

Sempadan selatan Turki dengan Syria telah menjadi titik persimpangan utama bagi rakyat Syria dan pejuang asing sejak krisis bermula di negara jiran itu pada 2011. – Xinhua