KUALA LUMPUR – Dua mayat wanita ditemukan dalam kebakaran di sebuah rumah yang terletak Tiara Villa Residensi, Jalan Selesa 9 Taman United di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Brickfield ACP Amihizam Abdul Syukor berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah terima maklumat awal kebakaran pada pukul 6.24 pagi.

Siasatan di tempat kejadian telah menemukan dua mayat wanita yang telah rentung di dalam bilik berlainan tingkat atas rumah tersebut.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan. Kes diklasifikasikan sebagai repot mati mengejut. Kes disiasat oleh Ketua Polis Balai Petaling Inspektor Nazrul Hisham Musa,” katanya dalam kenyataan.

Pihak Polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini tampil memberi keterangan.

Maklumat lain berkait jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.-MalaysiaGazette