Omicron variant Healthcare centre is conducting research on the Covid-19 screening test samples sent to the lab at the Institute of Medical Molecular Biotechnology, Universiti Teknologi MARA (UITM) Hospital in Sungai Buloh, Selangor. PIX: MOHD ADZLAN /MalaysiaGazette / 14 AUGUST 2021 Covid-19 cases
Petugas kesihatan melakukan penyelidikan sampel ujian saringan Covid-19 yang dihantar ke makmal ketika di Institut Bioteknologi Perubatan Molekul, Hospital Universiti Teknologi MARA (UITM), Sungai Buloh. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2021.-

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,003 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes terkumpul terus bertambah kepada 4,518,936.

Jumlah itu termasuk tiga kes import.

Data COVIDNOW menunjukkan sebanyak 35,746 kes kematian terkumpul semalam berikutan pertambahan satu lagi kes.

Kes sembuh yang direkodkan pula sebanyak 1,861.

Manakala kes aktif pula sebanyak 28,151 dengan 1,082 kes dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu 31 kes ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 19 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette