Bella Astillah tampil dengan haruman terbaharu De'Xanda sebagai koleksi selebriti yang bertemakan cinta yang menyokong usaha mendekati golongan bermasalah awal kesihatan mental.

KUALA LUMPUR – Syarikat haruman popular di negara ini melancarkan kempen Mental Health Awareness bertemakan De’Xandra Heals The World sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang julung- julung kali diadakan.

Menurut pengasasnya, Ernayanee Nur Julaimi, kempen yang berlangsung sepanjang tahun dan turut disokong selebriti yang terlibat dengan De’Xandra, pihak pengurusan tertinggi, rakan strategik termasuk stokis, pengedar dan dropship yang berada di negara ini Singapura, Indonesia dan Brunei.

Menurut beliau, tujuan diadakan sebagai menyatakan pendirian dan sokongan serta usaha syarikat dalam membantu memberi lebih banyak kesedaran kepada pelbagai pihak tentang situasi kesihatan mental yang kian meruncing.

“Sebelum ini, kebanyakan program CSR De’Xandra yang menjadi agenda tahunan lebih tertumpu kepada kebajikan, pengurusan bencana, pembangunan sahsiah dan ekonomi.

“Bagaimana pun pada kempen kali ini, kami mengangkat  isu kesihatan mental ekoran berlakunya peningkatan signifikan dalam kes bunuh diri di dalam negara malah di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian sempenna majlis pelancaran kempen Mental Health Awareness itu,

Turut dihadiri EXCO Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, YB Dr.  Mohammad Akmal Salleh, Pakar Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan,  Annems Leadership Solution, Datuk Faridah Hanim Haron dan Pakar Saham, Datuk Mohd Asri Hj Ahmad.

Ernayanee Nur menambah, sempena kempen pihaknya melancarkan wangian koleksi selebriti bertemakan persahabatan dan cinta, kempen hastag #DexandraHealsTheWorld dan tayangan video kesedaran berkaitan kesihatan mental melalui media sosial.

Kata beliau, sebagai jenama wangian pilihan Asia, pihaknya terpanggil untuk turut bersama-sama memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dan menyeru melakukan apa sahaja usaha dalam membantu golongan yang sedang mengalami masalah awal kesihatan mental termasuk depresi, kebimbangan, kemurungan dan hilang keyakinan diri.

“Koleksi wangian terbaharu cetusan idea dan kolaborasi citarasa selebriti Bella Astillah dan pereka fesyen Rico Rinaldi dikenali sebagai Celebrity Collection yang begitu istimewa.

“Rico Rinaldi mengetengahkan lambangan pentingnya nilai persahabatan manakala wangian Bella Astillah yang tampil merah diibaratkan warna rona cinta dalam membantu memberi suntikan semangat baru kepada mereka yang memerlukan termasuk golongan yang menghidapi masalah awal kesihatan mental.

“Kami yakin nilai persahabatan dan cinta ini merupakan tunjang dalam apa jua situasi kerana  kita memerlukan sahabat untuk saling menyokong,  kasih sayang dan cinta. Justeru melalui koleksi selebriti ini menyampaikan mesej yang jelas dan baharu kepada penggemar-penggemar minyak wangi di luar sana tentang nilai persahabatan dan cinta yang sebenar,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Safwan Ismail memberitahu, kedua-dua selebriti tersebut telah menjalin kerjasama dan turut terinspirasi dengan produk yang dianggap lebih daripada sekadar wangian.

“Kami duduk berbincang daripada hati ke hati dalam banyak perkara termasuk aspek citarasa, kualiti dan keutamaan mereka bukan sahaja dalam kerjaya tetapi dalam kehidupan seharian.

“Mereka juga sangat terkesan dengan gelombang positif pasukan dalam De’Xandra maka lahir koleksi terbaharu yang dilancarkan. Koleksi ini juga merupakan inisiatif De’Xandra dalam mempelbagaikan pilihan buat penggemar wangian yang setia dan meraikan peminat baharu.

“Selain memberi peluang kepada para peminat selebriti, mereka juga berpeluang mengumpul koleksi wangian daripada artis kegemaran. Berdasarkan data dan rekod,  kehadiran selebriti secara langsung membantu menaikkan reputasi jenama yang memberi impak langsung peningkatan kepada jualan,“ ujarnya.

Terbaharu daripada De’Xandra, koleksi selebriti Rico Rinaldi mengangkat tema kasih sayang di kalangan sahabat dalam usaha mengelak masalah kemurungan dan depresi.

Kata Safwan lagi, selain berkongsi citarasa wangian, pilihan selebriti juga berperanan menyokong usaha mempromosikan produk dan memberi motivasi dan galakan kepada usahawan-usahawan. Terutama bangkit dan meneruskan perniagaan pasca pandemik bersama-sama De’Xandra.

“Sebagai tanda sokongan berterusan, sebelum majlis pelancaran telah berlangsung aktiviti  dalam kalangan pengedar  yang hadir dari seluruh negara temasuk memperbaharui teknik pemasaran dan sasaran jualan

“De’Xandra sentiasa membuka peluang perniagaan kepada usahawan yang ingin bersama dengan kami. Berdasarkan data dan rekod yang terkini, syarikat telah melahirkan usahawan perniagaan termasuk wakil pengedar seramai 30,074 orang dengan peningkatan 65 peratus sejak dari 2020 sehingga 2022.

“Ini bermakna dalam tempoh pandemik akibat Covid-19 yang lalu, jumlah wakil jualan telah meningkat kerana mereka telah diberi bimbingan yang betul, cekap dan menghasilkan jualan memuaskan melalui perniagaan dalam talian,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast