Anggota keselamatan mengawal ketat di luar penjara di Tulua, Colombia yang terbakar akibat rusuhan. Foto AP

BOGOTA – Sekurang-kurangnya 51 orang maut dan lebih 20 orang cedera apabila kebakaran berlaku di sebuah penjara di Colombia.

Pengarah sistem penjara negara, Tito Castellanos, memberitahu Radio Caracol, pihaknya belum dapat memastikan sama ada mereka yang terkorban itu adalah banduan.

Beliau pada mulanya memaklumkan, sebanyak 49 telah meninggal dunia tetapi Kementerian Kehakiman menyatakan 51.

Kebakaran itu berlaku dipercayai akibat rusuhan di dalam penjara yang terletak di bandar Tulua.

Tetapi Menteri Kehakiman, Wilson Ruiz berkata dua banduan bergaduh dan seorang daripada mereka membakar tilamnya hingga mencetuskan kebakaran.

Ruiz menambah, lebih daripada 20 banduan sedang dirawat di hospital dan dua pengawal penjara mengalami cedera ringan. – AP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast