K Devan

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan berpuas hati kerana pemain-pemainnya berjaya mengutip satu mata.

Baginya, bukan sesuatu yang mudah untuk mana-mana pasukan mendapatkan mata apabila berdepan Terengganu di Gong Badak.

“Terima kasih kepada pemain-pemain yang telah bekerja keras dan bertahan dengan baik sepanjang 90 minit bagi mendapatkan keputusan ini.

“Pada separuh masa pertama, saya memang arahkan pemain lebih banyak bertahan di kawasan sendiri kerana kami baru sahaja beraksi tiga hari lepas bertemu Sri Pahang, saya mahu pemain menyimpan tenaga di babak kedua.

“Terengganu jelas ada kelebihan berbanding kami kerana ada rehat selama seminggu namun pemain berjaya atasinya dengan kesungguhan serta komitmen dalam mengikuti taktikal dan disiplin semasa bertahan, ” katanya.- MalaysiaGazette