OTTAWA – Ketua Pegawai Kesihatan Awam Kanada Theresa Tam pada Khamis mengesahkan sebanyak 278 kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di negara itu setakat 29 Jun.

Kes jangkitan telah dilaporkan secara meluas, termasuk empat kes di British Columbia, lima di Alberta, Ontario (67) dan Quebec (202), lapor Xinhua.

Tam berkata semua orang berisiko terdedah kepada jangkitan cacar monyet dan tidak eksklusif kepada mana-mana kumpulan.

“Sesiapa sahaja boleh dijangkiti dan menyebarkan virus itu jika mereka berhubung rapat dengan seseorang yang menghidap cacar monyet atau menyentuh objek atau barangan peribadi, termasuk tuala atau cadar,” katanya.

Menurut data epidemiologi terkini, majoriti kes membabitkan golongan lelaki berumur antara 20 hingga 69 tahun.

Cacar monyet ialah zoonosis silvatik yang boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia dan biasanya terjadi di kawasan hutan di Afrika Tengah dan Afrika Barat.

Virus cacar monyet tergolong dalam keluarga orthopoxvirus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast