Kek pisang yang ditarik balik oleh Agensi Makanan Singapura.

SINGAPURA – Singapura telah mengesan kandungan asid sorbik melebihi had maksimum dibenarkan dalam produk kek pisang ‘Goods’ yang dijual di republik itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Agensi Makanan Singapura (SFA) sudah mengarahkan pengimport Goods Huat Hee Marketing untuk menarik balik produk berkenaan.

“Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan,” menurut kemas kini syarikat itu di laman Facebooknya.

Kek pisang ‘Goods’  berasal dari Malaysia.

Menurut SFA asid sorbik adalah bahan tambahan yang dibenarkan digunakan untuk tujuan pengawetan.

“Pengambilan produk yang terjejas tidak mungkin menimbulkan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan kerana ketoksikan yang rendah,” menurut SFA. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast