Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia mengumumkan pelantikan pengerusi baharunya, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkuat kuasa Khamis lalu.

Abdul Wahid menggantikan Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, yang menamatkan penggal lapan tahun sebagai Pengerusi WWF-Malaysia.

Abdul Wahid ialah seorang pemimpin korporat yang diiktiraf di Malaysia telah berjaya menerajui empat organisasi utama dalam pembangunan infrastruktur, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan dan pengurusan pelaburan.

Beliau kini merupakan Pengerusi Bursa Malaysia Berhad.

Ketua Pengarah Antarabangsa WWF Marco Lambertini mengucapkan tahniah kepada Abdul Wahid atas pelantikannya dan mengucapkan syabas kepada Tunku Ali kerana perkhidmatannya yang dedikasi bersama WWF sejak lapan tahun lalu.

Sebelum pelantikannya sebagai pengerusi, Abdul Wahid telah menjadi Pemegang Amanah untuk WWF-Malaysia sejak Mac 2019. – MalaysiaGazette