Keadaan Kampung Iboi, Baling Kedah selepas insiden kepala air dan banjir.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak berkuasa berkaitan segera membantu mangsa-mangsa banjir.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini berada di Turki menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan bencana banjir yang berlaku di Baling hingga mengakibatkan tiga nyawa terkorbanl

Katanya, walapun berada di luar negara, beliau mengikuti perkembangan di Baling dan mengarahkan Setiausaha Politik, Datuk Mohammad Anuar mewakilinya turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan dengan secepatnya kepada mangsa.

”Kita meninjau keperluan segera yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat di Baling dan bantuan harus segera disampaikan kepada mangsa walaupun saya berada di Turki.

Saya doakan semoga mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini. Takziah kepada mereka yang kehilangan insan tersayang dan sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah dan didoakan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya. – MalaysiaGazette