Pasukan bomba berusaha menyelamat seorang wanita setelah kenderaannya terbabas dan terjunam ke dalam sebuah parit di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Berpantang maut sebelum ajal!

Seorang pemandu wanita terselamat walaupun kereta dipandunya terjunam masuk ke dalam parit dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan dekat sini hari ini.

Tindakan pantas bomba yang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Saga dan menyelamatkan mangsa daripada lemas.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian kemalangan berhampiran Penjara Penor itu pukul 8.47 pagi tadi.

Sebanyak dua jentera digunaka dan pihak penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan pengusung.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menerima rawatan. – MalaysiaGazette