ALOR SETAR – Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi-Tech dan LRA Bukit Pinang/Sungai Petani terpaksa dihenti tugas berikutan kadar kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Isnin lepas.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan kedua-dua LRA itu dihenti tugas sepenuhnya pada 10.50 malam dan 11.10 malam tadi.
“Penutupan sementara itu akan menjejaskan 80,000 akaun pengguna di Kulim Hi-Tech dan 121,000 akaun pengguna di Pinang Tunggal/Sungai Petani.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Isnin, banjir dan fenomena kepala air di Baling mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selain tujuh rumah musnah dihanyutkan air serta kira-kira 70 rumah rosak akibat kejadian itu. – BERNAMA