Darwin Nuneza. Foto Eurosport.

LONDON – Bintang baharu Liverpool, Darwin Nunez mula mencipta kejayaan peribadinya apabila dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Portugal untuk musim 2021/22.

Pemain antarabangsa Uruguay itu menampilkan aksi cemerlang bersama kelab lamanya Benfica.

Selain daripada Anugerah Pemain Terbaik Tahunan, Nunez juga merangkul Anugerah Kasut Emas Liga Portugal selaku Penjaring Terbanyak selepas mencetak 26 gol dalam Liga Portugal pada musim lalu.

Dia meraikan kejayaan itu pada harijadinya ke-23.

Nunez menewaskan pemain seperti Luis Diaz yang tercalon dalam perebutan Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Liga Portugal walaupun dia meninggalkan Liga Portugal pada pertengahan musim.

Nunez akan memulakan era baharu serangan Liverpool selepas Sadio Mane berhijrah ke Bayern Munich.

Nunez meraikan kejayaan menjadi Pemain Terbaik Liga Portugal pada harijadinya ke-23.

Dia dikenali dengan gaya permainannya yang pantas dan lasak apabila mirip kepada permainan Luis Diaz yang memiliki kekuatan atlet, kepantasan, lasak dan sasa.

Nunez dibawa masuk dari Benfica dengan harga €75 juta dengan bayaran tambahan €25 juta dalam bentuk bonus.

Liverpool turut memberikan kontrak jangka panjang kepada Nunez selama enam tahun.

Nunez juga diberikan nombor jersi 27 di Liverpool yang ditinggalkan oleh Divock Origi. – ttps://www.90min.com/posts/darwin-nunez-wins-liga-portugal-player-of-the-year-award