Robert Lewandowski. Foto Yahoo Sport UK.

LONDON – Bayern Munich dilaporkan meminta Barcelona agar melunaskan bayaran penuh untuk membolehkan kelab La Liga itu membawa masuk Robert Lewandowski pada musim depan.

Bayern dikatakan bimbang Barcelona tidak mampu untuk menjelaskan bayaran secara ansuran setelah mengambil kira situasi kewangan semasa kelab dari Sepanyol itu.

Barcelona dikaitkan dengan penghijrahan Lewandowski sejak pemain Poland itu meluahkan hasratnya untuk meninggalkan Allianz Arena pada akhir musim lalu.

Bayern kekal tuntutan klausa yuran berjumlah £43 juta yang ditetapkan pemain tersebut.

“Kita bimbang dengan kemampuan kelab itu dan juga tidak pasti sama ada FC Barcelona akan wujud dalam setahun dua lagi nanti,” kata penulis portal The Athletic, Raphael Honigstein.

Pada bulan lalu, Naib Presiden Barcelona (Ekonomi), Eduard Romeu berkata, kelab itu kini berada dalam keadaan terdesak untuk mengumpul dana berjumlah £428 juta untuk menyelamatkannya dari krisis kewangan.

Malah kelab itu membiarkan Lionel Messi meninggalkan Nou Camp untuk menyertai Paris Saint Germain kerana tidak mampu menampung gaji bintang Argentina itu.

Bagi mengurangkan beban kewangan kelab, Barcelona telah mengesahkan kontrak bernilai £178 juta untuk menjual 10 peratus hak penyiaran selama 25 tahun bagi membolehkan kelab itu mendapatkan khidmat Franck Kessie dan Andreas Christensen.

Bagaimanapun, perjanjian itu tidak membenarkan Xavi selaku pengurus pasukan untuk berbelanja untuk mendapatkan pemain baharu. – DailyMailFootball

https://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-10987843/Bayern-Munich-want-cash-Barcelona-Robert-Lewandowski.html