KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,020kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam.
Ia adalah rekod jangkitan sejak April lalu.
Kes baharu itu melibatkan 4,011 kes tempatan dan sembilan kes import.
Pertambahan tersebut menjadi kes jangkitan koronavirus itu melonjak kepada 4,548,528.
Trend kenaikan kes jangkitan Covid-19 bermula pada hari Isnin lalu sebanyak 1,918 kes Selasa (2,932) dan Rabu (3,561).
Tiga kes kematian yang dicatatkan dalam tempoh sama dengan dua kes berlaku di luar hospital.
Kes aktif pula sebanyak 2,299 termasuk 32, 617 kes menjalani kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin Rawatan Covid (21).
Jumlah kes yang dirawat di hospital sebanyak 1,156 dengan 45 di unit rawatan rapi hospital termasuk 23 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengingatkan kepada orang ramai agar terus berwaspada ketika menyambut Hari Raya Aidiladha mengelak jangkitan Covid-19.- MalaysiaGazette