Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan lima individu termasuk pemilik sebuah agensi pelancongan semalam yang disyaki terlibat dengan insiden hampir 400 bakal jemaah haji  terkandas akibat masalah visa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi berkata, kesemua lima individu berkenaan diberkas menerusi serbuan di beberapa lokasi sekitar ibu negara kira-kira pukul 9 malam tadi.

Kesemua lima individu terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun.

“Mereka ditahan itu membabitkan pemilik agensi pelancongan serta isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di agensi terbabit yang terletak dan beroperasi di Danau Kota, Wangsa Maju.

“Ketika ini, kesemua mereka ditahan dan polis sedang mengambil keterangan daripada mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ashari, setakat ini, sebanyak 23 laporan polis diterima polis di seluruh Kuala Lumpur berhubung kes tersebut.

Kesemua 23 laporan itu dibuat di Wangsa Maju, Sentul dan Dang Wangi membabitkan kerugian wang berjumlah RM760,000.

Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 380 bakal jemaah haji telah terkandas di KLIA di Sepang pagi kelmarin selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan swasta yang mengendalikan urusan penghantaran jemaah haji.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui urusan Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA