Clement Lenglet. Foto SkySports.

LONDON – Tottenham Hotspur berjaya mengikat pemain pertahanan, Clement Lenglet sebagai pinjaman dari Barcelona yang merupakan pemain kelima mereka pada jendela perpindahan musim depan.

Lenglet akan menambah kekuatan dalam senarai pilihan Antonio Conte di bahagian bek tengah selain di sebelah kiri apabila beliau kini mempunyai tiga pilihan.

Lenglet akan menyertai Richarlison, Ivan Perisic, Yves Bissouma dan Fraser Forster sebagai muka baru di Stadium Tottenham Hotspur musim depan.

Kelab London itu memenuhi impian Conte untuk memperkuatkan skuanya selepas pengendali Itali itu berjaya mengesahkan tempat mereka dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Pemain antarabangsa Perancis itu menyertai Barcelona dari Sevilla pada 2018 dengan nilai AS$36 juta (RM159.35 juta) dan memenangi La Liga pada penampilan pertamanya di sana.

Namun dia sering diketepikan di Camp Nou selepas melakukan beberapa kesilapan musim lalu.  – Agensi https://www.skysports.com/football/news/11095/12648454/clement-lenglet-barcelona-defender-joins-tottenham-in-season-long-loan-move