Kota Tinggi Srikandi Bersatu molest sexual harassment ADUN state Assemblyman
Penagih dadah yang terlelap tidur ketika pecah masuk kedai makan untuk mencuri berjaya dibelasah dan dicekup awam.- Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang tukang gunting rambut yang telah ditahan polis selepas didakwa menculik bekas kekasih bersama anak lelakinya pada Khamis lalu telah direman hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia 26 tahun itu telah dibenarkan oleh mahkamah untuk direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Pada pagi tadi, suspek warga tempatan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan perintah reman bagi meneruskan siasatan ke atas dia dalam kes penculikan isteri orang dan anaknya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suspek  direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 12 Julai ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan kes ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang gunting larikan bekas kekasih ditahan polis

Tambah Mohd Iqbal, kes penculikan itu sedang disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Kertas siasatan akan dilengkapkan dan kemudian akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan arahan lanjut.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan tukang gunting rambut itu masih menyayangi bekas kekasihnya itu telah menculik mangsa bersama anak lelakinya berusia enam tahun di hadapan sebuah tadika di Seksyen U12, Shah Alam pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, suspek ditahan oleh polis ketika lelaki itu tampil ke balai polis untuk memberi keterangan dan menyerah diri.

Polis mengambil tindakan itu selepas suami mangsa yang dimaklumkan mengenai penculikan isteri dan anaknya membuat laporan polis sekitar pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Mohd Iqbal, siasatan polis mendedahkan, suspek menculik mangsa kerana masih menyayangi bekas kekasihnya itu walaupun sedar wanita berusia 33 tahun yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak itu membencinya.

“Suspek yang kemudian dilibatkan dalam ujian saringan air kencing disahkan positif dadah,” katanya. – MalaysiaGazette