Covid-19 death ICU Malaysia
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes terkumpul sebanyak 35,809.

Manakala kes jangkitan baharu yang dilaporkan dalam tempoh sama sebanyak 2,799.

Pertambahan itu menjadikan kes kumulatif jangkitan Covid-19 sebanyak 4,554,911, menurut data COVIDNOW.

Kes aktif yang dilaporkan sebanyak 35,323 dengan jumlah yang dirawat di hospital sebanyak 1,156 atau 3.3%.

Sejumlah 41 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 26 kes atau 0.1% memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast