Orang awam yang disyaki positif Covid-19 terpaksa dimasukkan ke dalam van ambulans untuk pemeriksaan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Sukan MPK, Taman Sri Andalas, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 13 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Jangkitan Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 4,558,170 semalam dengan 3,264 kes baharu semalam.

Daripada jumlah itu, lima kes import.

Data COVIDNOW turut melaporkan dua kes kematian menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 35,811.

Kes aktif pula 35,882 dengan 96.6% menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 1,156 kes atau 3.2 peratus kes dirawat di hospital termasuk 43 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 26 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 24 kes atau 0.1 peratus berada di Pusat Kuarantin Rawatan Covid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast