JITRA – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini mengesahkan tidak lagi memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau berkata ia berikutan kontrak perkhidmatannya dengan perbadanan itu telah tamat pada 17 Jun lepas dan tidak diperbaharui.
“Setakat saya duduk di PTPTN selama empat tahun saya agak bangga dengan rekod yang diusahakan di PTPTN.
Beliau berkata ketika mengambil alih jawatan pengerusi PTPTN, kutipan deposit tahunan perbadanan itu adalah sekitar RM700 juta dan selepas empat tahun kutipan kini mencecah RM4 bilion setahun.
Menurutnya, jumlah itu menunjukkan hasil telah diusahakan PTPTN sepanjang tempoh itu selain pemberian moratorium pembayaran semula pinjaman yang membantu peminjam ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
— BERNAMA