Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,934 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam termasuk tujuh kes import.

Pertambahan itu menjadikan angka terkumpul kes Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 4,566,852.

Data COVIDNOW melaporkan sebanyak sembilan kes kematian termasuk dua berlaku di luar kemudahan hospital.

Kes aktif yang dilaporkan sebanyak 36,894 termasuk 1,268 dirawat di hospital dengan 53 di tempatkan di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 30 atau 0.1 peratus memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes yang kuarantin di rumah sebanyak 35,547 dan Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 (26).

Manakala kes sembuh pula 2,747. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast