Pelabuhan Singapura

SINGAPURA- Ekonomi Singapura berkembang lebih perlahan daripada jangkaan pada suku kedua.

Ekonomi hab kewangan Asia itu berkembang 4.8% pada April-Julai, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI), lebih tinggi daripada 4.0% pada suku pertama tetapi tersasar daripada unjuran awal.

Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters menjangkakan peningkatan sebanyak 5.2% tahun ke tahun pada suku kedua.

Pada asas pelarasan musim suku ke suku, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak berubah daripada pengembangan 0.9% yang dicatatkan pada suku pertama.

Penguasa Monetari Singapura mengejutkan pasaran pada Khamis dengan langkah mengetatkan dasar luar kitaran bertujuan untuk menangani kenaikan inflasi.

Seorang pegawai kanan MTI berkata di parlimen minggu lalu walaupun risiko dalam ekonomi global kekal ketara, Singapura “tidak melihat atau menjangkakan kemelesetan atau stagflasi pada 2023”.

Singapura telah melonggarkan kebanyakan sekatan tempatan dan perjalanan Covid-19 sejak awal April tahun ini bagi menyokong pemulihan ekonomi negara itu. – Reuters