Sulaiman Md Ali

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mencabar mana-mana ahli politik negeri ini yang berjaya membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinannya untuk berbuat demikian pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual 25 Julai ini.

I want to see that (undi tidak percaya), is it happen or not, kalau ada undilah, apa ada hal.

“Tak ada (takut)…saya tak tahu dari mana ini (undi) datang, kita faham keadaan sekarang aman dan tenteram,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Pelan Strategik Jabatan Ketua Menteri Melaka 2022- 2026 dan Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, di sin,i hari ini.

Mengulas lanjut Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, beliau tidak tahu mengenai sebarang spekulasi terbabit, sama seperti berulang kali diluahkannya sebelum ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Sulaiman mungkin sekali lagi berdepan undi tidak percaya pada Sidang DUN kali ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagaimanapun dalam reaksi balasnya pada 8 Julai lalu menafikan pergolakan politik Melaka seperti yang dilaporkan itu.

Beliau dalam nada tegas berkata, laporan portal terbabit berniat jahat serta boleh mengganggu gugat kestabilan politik negeri sambil menyifatkan ia bukanlah pertama kali dilemparkan terhadap kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Melaka. – MalaysiaGazette