MGNews: Pelabuhan Klang Dipilih Lokasi OSQC Pertama

Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Pusat Kuarantin Setempat (OSQC) bagi memastikan setiap dagangan agromakanan melalui proses pemeriksaan dan kuarantin yang komprehensif sebelum diimport masuk atau dieksport keluar negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, mesyuarat Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negara secara dasarnya bersetuju untuk menubuhkannya dan sebagai permulaan, OSQC akan dibuat di Pelabuhan Klang.