Raphinha. Foto Eurosports.

LONDON – Barcelona bakal menandatangani Raphinha dari Leeds selepas pemain sayap itu tiba di bandar itu hari ini, lapor The Guardian.

Kelab itu dalam satu kenyataan memberitahu, Raphinha kini akan menjalani ujian perubatan sebelum menyelesaikan perpindahan itu.

Gergasi Sepanyol itu dilaporkan bersetuju dengan yuran perpindahan £57 juta (RM300 juta) dengan skuad Whites buat pemain Brazil itu.

Raphinha akhirnya memilih ke Nou Camp walaupun Arsenal dan Chelsea juga berminat mendapatkan pemain itu pada musim panas ini.

Raphinha kini akan menjalani ujian perubatan sebelum menyelesaikan perpindahan itu menurut kenyataan Barcelona.

Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan bersetuju dengan perjanjian lima tahun dan akan melengkapkan syarat ditetapkan bersama Barca.

“Ini Raphinha dan saya di Barcelona,” tulis pemain itu di media sosial sebaik tiba di Barcelona.

Barcelona kemudian cuba merampas pemain itu tetapi situasi kewangan mereka menyebabkan kelab itu perlu menunggu bagi mendaftarkannya. – MalaysiaGazette

https://www.theguardian.com/football/2022/jul/13/raphinha-flies-to-barcelona-to-seal-transfer-from-leeds

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast