MERSING – Fenomena air pasang besar yang melanda persisir pantai Mersing berada dalam keadaan terkawal.
Pengarah APMM Zon Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, paras air laut mencatat bacaan setinggi 2.93 meter dan tidak mengakibatkan limpahan air.
Bagaimanapun orang ramai perlu berhati-hati, katanya.
“Kena sentiasa memastikan paras air terutama dalam tempoh dalam tempoh orang cakap air pasang besar sebab kita tidak tahu air itu paras mana.
“Mungkin juga ia akan melebihi paras kawalan sebab ia hanya ramalan, jadi mereka yang keluar di tengah laut segala kelengkapan ,keselamatan harus disediakan dengan baiklah,” katanya ketika ditemui membuat tinjauan fenomena air pasang besar, di sini, hari ini.
Jelasnya, air pasang besar yang berlaku tidak seteruk sebelum ini namun keadaan dijangka buruk sekiranya keadaan cuaca yang buruk.
Tambahnya, beberapa lokasi tumpuan dikenalpasti termasuk di Sungai Mersing yang terdapat beberapa jeti menempatkan bot nelayan dan feri.
Melalui tinjauan, terdapat peningkatan air pasang namun tidak membahayakan penduduk berhampiran susulan fenomena itu tidak disertai hujan lebat dan ribut.
Fenomena air pasang besar dijangka berakhir pada 17 Julai ini dengan ketinggian paras air pasang setinggi antara 3 meter hingga 3.2 meter. – MalaysiaGazette