Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar anti-party hopping bill Parliament Dewan Rakyat amendment federal constitution
Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan pasukan khas bagi meneliti, memantau serta merangka tindakan yang berlunaskan undang-undang bagi menangani isu tuntutan waris Sultan Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap kerajaan Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau akan mengetuai pasukan khas yang akan dianggotai Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dan pakar-pakar berkaitan timbang tara antarabangsa.
“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM (BHEUU) bersama Jabatan peguam  Negara Malaysia I Attorney General’s Chambers Malaysia sedang menentukan Terma rujukan (TOR) dan juga keahlian tambahan jika perlu bagi Pasukan Khas ini,”. katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Pada Rabu lalu, akhbar Financial Times melaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset Petronas yang didaftarkan di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

Langkah itu adalah sebahagian tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sultan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa mereka dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Tambah Wan Junaidi, BHEUU dan Kementerian Luar akan bertindak selaku urus setia Pasukan Khas ini.
Menurut beliau, kerajaan memandang serius isu yang mengganggu gugat kepentingan aset-aset negara di luar negara oleh waris Sultan Sulu khususnya aset di bawah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
Justeru itu, kerajaan akan mengambil tindakan proaktif dan agresif dalam menangani isu ini demi mempertahankan aset dan kedaulatan negara, ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kalau tambi Thomas joins sama lingkuplah jadinya. Undi tambi macam in pun takkan politikus Pak Pandir kemaruk juga.

Comments are closed.